expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, 17 April 2018

Happy Birthday Fiancee


 Hai, lama rasanya tak menaip. tulis panjang panjang, luah perasaan, cerita suka duka. Mungkin sebab terlalu banyak, terlalu pahit untuk di cerita, terlalu bahagia untuk di tayang, terlalu takot kehilangan, sampai semua tu tak mampu di tulis, dicerita di luah.. Hanya mampu dirasai sahaja ..

16/4/2018
alhamdulillah, dah 2 tahun birthday abg di sambut bersama, walaupun dalam bersederhana, tapi sangat sangat membuatkan syg bahagia. takde hadiah buat penambah kebahagiaan, tiada kek buat pemanis mulut, hanya sekadar makan malam yang tak seberapa buat pelapik perut lapar balik kerja :)

hari ini, sayang nak wish birthday abg . macam yang sayang idam kan. cukup bermakna, tak mudah untuk di baca orang, tak senang utk di lihat org, hanya kita berdua. Kita berdua....

First of all, i love u so much. second, happy bornday sweet love. semoga panjang umur dan di murahkan rezeki, semoga sentiasa bertambah tahap kesabaran utk melayan syg. syg mntak maaf sbb kehadiran sayang banyak menguji abg pada usia abg yg sekarang. sayang tahu kadang2 abg terasa terikat, takleh nak bebas macam kawan kawan abg, tapi syg cuma nak yang terbaik untuk abg. cause why? cause i love you so much. and sayang tahu salah sayang sebab terlalu mencintai... tapi sayang tak pernah menyesali dengan perkenalan kita ni . sentiasa bersyukur. walaupun kadang amarah sayang , sayang sendiri tak tahu nak faced it. maaf sebab terlalu menguji abg. kdg2, ujian yg sayang timbulkan tu membuatkan sayang sendiri takley hadap. yes i know itu bukan ujian dari sayang. tapi ujian untuk kita... sayang nak hadiahkan kek untuk abg, sayang nak beli hadiah untuk abg. tapi... sayang tak mampu. takde duit. sayang mntk maaf abg. hihi nanti sayang ada duit lebih sayang beli hadiah kat abg okey. sayang janji. cepat atau lambat je. hihi. sayang tak sangka kita boleh sampai ke tahap ini.

Sumpah sayang cakap sayang sendiri tak boleh nak hadap kelemahan sayang ni, and sayang tak sangka ada lelaki yang mampu hadap mcm abg hadap sayang. subhanallah, bersyukurnya sayangg. tapi sayang tahu abg mesti tak percaya, or sometimes abg mesti terpikir, "konon sayang, konon bersyukur, tapi tak menghargai " percaya lah abg, saat sayang buat salah, sayang tahu dan sayang sedar, cuma sayang tak mampu melawan setiap kesalahan yang sayang buat tu, cause why? cause sayang lemah abang.. so please sentiasa jadi penguat untuk sayangg.. selepas mak :(

abg, bersempena tarikh ni, sayang harap abg akan sentiasa sabar dengan sayang, sayang nak hidup dengan abg. taknak orang lain. please.. kotakan janji abg. sayang taknak kita sekerat jalan. andai... kita takde jodoh, abg yang terakhir .... takkan ada yang boleh menggantikan abg di hati sayang. sayang tahu, kata kata sayang banyak mengguris hati abg, tapi abg, please, sayang masih dalam zone berubah abg.. Berubah nya sayang ni bukan sekelip mata je abg, tapi, ambik masa yang lama. so please keep loving me :)

last but not least.... please terima baik buruk family sayang lepas kita kawin. please jangan berubah sebelom kawin baik, lepas kawin gaduh. please abg. sayang nak abg jadi yg terbaik untuk sayang, dan untuk family sayang... sebab ape? sebab once syaang mencintai abg sepenuh hati sayang, its means, u one of the important person in my life same with my family .. sayang harap semua yang sayang tulis ni mampu memberikan semangat untuk abg cepat2 halalkan sayang imamkan sayang kerana Allah taala.  ameen :)

With Love Izati Binti Halim <3








Tuesday, 7 November 2017

Kisah Hati ❤

     Assalammualaikum..
 Kerap kali aku merasa kan perubahan dia, kerap kali aku merasakan kelainan dia, kerap kali jugak aku berendam air mata dek kerana terasa dengan dia,, Tahlah perasaan atau aku PMS atau aku mengada ngada atau memang betol Hati dia Semakin TAWAR...
Aku tahu.. ini ada lah ujian. makin dekat dengan tarikh kami di halalkan, makin payah ujian pertunangan antara kami. Aku tahu.. tapi, aku tak tahu macam mana nak pujuk hati ni. ye aku mmg tak tawar hati lagi, tapi jujur aku cakap, aku semakin rasa sayang dalam hati ini semakin berkurang..
 BANYAK kali dah aku ulang kata putus, banyak kali dah aku ungkap kata hancur hati, tapi aku bersyukur, sangat sangat bersyukur sebab aku di tunangkan dengan seorang lelaki yang boleh rendah kan ego nye sedalam dalam lautan, serendah rendah tanah. Walaupun isu pergaduhan itu berpunca dari aku yang mengada ngada.. tapi dia tetap mengalah dan mintak maaf serta menangis mintak maaf agar hubungan ini di teruskan sehingga ke jinjang pelamin...
Tapi macam yang dia si encik tunang selalu berpesan, " sayangg, banyak lagi yang boleh sayang syukur yang orang lain tak dapat tapi sayang dapat"
Lalu aku buka dada seluas luas awan, selapang lapang padang untuk cari cari balik kebaikan yang dia ada... yang banyakkkk tapi dah ditindih dan ditindan oleh 1 atau 2 kesalahan seorang manusia yang sama melakukan kesalahan seperti orang biasa.. Maka aku cipta sebaris ayat buat penyedap hati sendiri, " izati dia manusia biasa, bukan malaikat yang tak lakukan kesalahan kesilapan atau terlepas pandang.. Banyak lagi perkara remeh yang tak sepatutnya dia buat untuk kamu tapi dia buat ." macam ni......
Macam gambar ni, aku cakap "kuku dah panjang emm." Lalu dalam tak berkata apa apa sambil bawak moto dia kerosek kerosek beg dia... taraaa nah potong kuku. Nampak benda ni macam remehkan?? Tapi sangat bermakna 😘 tapi aku tak bersyukur. Aku lebih nampak kelainan dia contoh macam ni..
*nampakhensemdiadudukmacamni*
ni semalam dia teman aku naik bas. Dia tertunggu tunggu bas. Macam tak sabar saba nak suruh aku balik. Kalau dulu tu bas terlepas 10 kali pon takpe asalkan dapat dok lama sembang dengan aku gelak dengan aku kat bus stop tu. Sekarang dia resah gelisah sambil tggu bas sebab tak sabar sabar nak biar aku balik. 
*terokkanpemikiranaku* 😈 tapi ini lah kenyataan. So tggu smpai pkul 10 dari pada 9 still takde bas aku buat keputusan utk hantar dia balik . Aku bawak moto balik. 

So kesimpulannya.. jangan sebab 1 keburukan tertutup lah segala kebaikan seseorang itu.. Apa pon jadi sayang sayang abang . 
#truelove #fslover😘


Friday, 11 August 2017

Kenangan SemalamπŸ’“

11 OGOS 2017

Bahagia. Rasa disayangi. Seronok. 
Sayang tak kaya. Tapi sayang akan cuba sedaya upaya sayang untuk bahagia kan abang. Jauh . Yaa jauh. Tapi itu kenangan. Sayang nak bina kenangan manis pahit dengan abang banyak banyak. Nak biar abang rasa kehadiran sayang bukan sekadar bebanan untuk abang. Tapi juga bahagia utk hidup abang. Tapi sayang mintak maaf sebab sayang tak macam perempuan lain. Ade kereta. Ada bumbung. Sayang ade moto je. Moto skuter je. So kita bina kenangam tu sama sama dengan apa yang kita ada ya abang. Best kan jalan jalan taiping dengan sayang. Kebaih pungkoq. Basah lencun. Kering . Pastu basah pulak. Sejuk ketor ketor. Tapi sayang bahagia sbb dpt bawak abg jalan jalan. Walaupun sayang sikit pon tak keluar duit. Tapi sayang puas dapat tengok abang speechless bila pi tempat2 best kat taiping. Sayang mintak maaf biar abang naik bas. Sayang cuma taknak abg sentiasa basah walaupum yess kita mmg basah dari taiping sampai nibong. Hahaha. πŸ˜‚ lepas ni kita pi taiping ke mana mana ke sayang usaha bawak kereta yee. Taknak abang penat badan. Sakit badan. Thanks for yesterday. 😍 seriously sayang takkan lupa kenangan semalam yang kita cipta sama sama dalam keadaan redha. Hahahah πŸ˜‚ sayang harap kita akan sentiasa boleh sama sama susah sampai kita kecapi kesenangan. 
#truelove #fslover 

Sunday, 6 August 2017

Cemburu tanda Sayang πŸ˜™

Assalammualaikum...
Second update. Terasa nak update pasal isu cemburu ni. Hihi. Masa awal awal kenal dulu firdaus tak tunjuk langsung cemburu dia. Tak tunjuk langsung takot kehilangan dia. Lepas tunang ni makin menjadi jadi. But i love it. Act, cerita bermula daripada msg seorang kekasih lama kepada saya. Acah acah caring melalui status whatsapp terus bawa ke tiba tiba rasa rindu yang di luah melalui whatsapp. One thing pasal firdaus ni dia sangat cepat bau hamis hamis anasir luar. Dalam saya sendiri tak sedar dia sempat baca msg tu. Aiyak. And isi msg tu saya tak reply 'yee rindu awj jgak' or 'emm macam mana tahu saya pon rindu awak' or 'saya baru jadi tunang org awak tak salah untuk rindu saya sebab saya pon rindu awak jugak' NOPE !! Saya cuma abaikan isu rindu tu. Sebab saya tak rasa rindu pon kat ex tu. Cuma saya ni bukan jenis nak berdendam. So saya still friend dengan semua ex saya.. yes. Mmg akan rasa tercabar atau rasa takot kehilangan kalau partner kita msg dgn org yang dia pernah sayang. But firdaus, let me make it clear. I love you and only you in my heart. Sayang tahu batas. Sayang tahu control. Dan you no need to feel afraid or tercabar dgn ex ex syg .Cause why? Cause you are the best yang pernah sayang dampingi hadapi dan sayangi.  Abg faham kan? πŸ˜† Maybe bagi abg post ni macam tak clear kan? But, syg tahu dan syg percaya yang abg mampu cari maksud tersirat dan tersurat dalam post ni. 😍

#FsLover

Thursday, 27 July 2017

Start New Story With New Person

Mohd Firdaus Md Saad


               Sebelom ni. saya dah ada blog. Tapi benda dah lama. masa silam. biarkan dia berhabuk. NEW ACCOUNT NEW LIFE NEW STORY WITH NEW PERSON. Saya seorang yang terluka. sehingga pernah rasa untuk tak nak terus mencari cinta. sehingga pernah rasa untuk tidak membuka hati pada mana mana lelaki. Berkali mencuba, tapi gagal. sehingga kehadiran dia. Yang berani membuka hati ini, mengajar erti true love. Mengajar erti kasih sayang. Banyak memberi nasihat. Dan kekuatan. Untuk terus move on dengan cinta palsu. Dengan janji manis lelaki. Dia bernama FIRDAUS. Tunang saya. genap setahun berkenalan antara satu sama lain. Kami decide untuk bertunang.  Dalam masa yang sama saya perlu kuat melupakan lelaki yang telah saya kenal dan terjatuh hati dengan nya selama 3 tahun. Seperti kawan. Tetapi tidak. Saya dan dia bukan berkawan. Kami saling menyanyangi satu sama lain. Disebabkan mentalitinya mahu mencari isteri kerja kerajaan. Dia tinggalkan saya dan berkahwin dengan perempuan pilihan hati nya. Dalam senyap dia pelan pelan melepaskan saya. Saya jatuh... Lalu tersungkur dengan melihat gambar di facebook. yaa gambar majlis pertunangan dia. Lalu saya merasakan saya menang kerana dia mencari saya semula. tapi tidak sama sekali. saya hanya tempat dia melepaskan bosan. tempat dia melepaskan lelah bekerja. tempat dia mencari ketawa. Pada mula nya saya tidak nampak apa yang family saya anggap. Lama kelamaan saya mula sedar. Dia buat saya macam chakcibo. Saya pelan pelan bawa diri terima dan terus mencintai firdaus. Terima baik buruk dia seperti dia terima busuk masam saya. Terima kurang lebih dia, seperti dia terima cacat cela saya. Terima kaya miskin dia seperti dia terima papa kedana saya. Selalu bantu saya dari segi mental dan fizikal. Untuk saat ini.. Saya sangat bersyukur dengan kehadiran dia mohd firdaus, dan dengan peninggalan dia abang bomba bantuan :)