expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, 27 July 2017

Start New Story With New Person

Mohd Firdaus Md Saad


               Sebelom ni. saya dah ada blog. Tapi benda dah lama. masa silam. biarkan dia berhabuk. NEW ACCOUNT NEW LIFE NEW STORY WITH NEW PERSON. Saya seorang yang terluka. sehingga pernah rasa untuk tak nak terus mencari cinta. sehingga pernah rasa untuk tidak membuka hati pada mana mana lelaki. Berkali mencuba, tapi gagal. sehingga kehadiran dia. Yang berani membuka hati ini, mengajar erti true love. Mengajar erti kasih sayang. Banyak memberi nasihat. Dan kekuatan. Untuk terus move on dengan cinta palsu. Dengan janji manis lelaki. Dia bernama FIRDAUS. Tunang saya. genap setahun berkenalan antara satu sama lain. Kami decide untuk bertunang.  Dalam masa yang sama saya perlu kuat melupakan lelaki yang telah saya kenal dan terjatuh hati dengan nya selama 3 tahun. Seperti kawan. Tetapi tidak. Saya dan dia bukan berkawan. Kami saling menyanyangi satu sama lain. Disebabkan mentalitinya mahu mencari isteri kerja kerajaan. Dia tinggalkan saya dan berkahwin dengan perempuan pilihan hati nya. Dalam senyap dia pelan pelan melepaskan saya. Saya jatuh... Lalu tersungkur dengan melihat gambar di facebook. yaa gambar majlis pertunangan dia. Lalu saya merasakan saya menang kerana dia mencari saya semula. tapi tidak sama sekali. saya hanya tempat dia melepaskan bosan. tempat dia melepaskan lelah bekerja. tempat dia mencari ketawa. Pada mula nya saya tidak nampak apa yang family saya anggap. Lama kelamaan saya mula sedar. Dia buat saya macam chakcibo. Saya pelan pelan bawa diri terima dan terus mencintai firdaus. Terima baik buruk dia seperti dia terima busuk masam saya. Terima kurang lebih dia, seperti dia terima cacat cela saya. Terima kaya miskin dia seperti dia terima papa kedana saya. Selalu bantu saya dari segi mental dan fizikal. Untuk saat ini.. Saya sangat bersyukur dengan kehadiran dia mohd firdaus, dan dengan peninggalan dia abang bomba bantuan :)







No comments:

Post a Comment