expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, 7 November 2017

Kisah Hati ❤

     Assalammualaikum..
 Kerap kali aku merasa kan perubahan dia, kerap kali aku merasakan kelainan dia, kerap kali jugak aku berendam air mata dek kerana terasa dengan dia,, Tahlah perasaan atau aku PMS atau aku mengada ngada atau memang betol Hati dia Semakin TAWAR...
Aku tahu.. ini ada lah ujian. makin dekat dengan tarikh kami di halalkan, makin payah ujian pertunangan antara kami. Aku tahu.. tapi, aku tak tahu macam mana nak pujuk hati ni. ye aku mmg tak tawar hati lagi, tapi jujur aku cakap, aku semakin rasa sayang dalam hati ini semakin berkurang..
 BANYAK kali dah aku ulang kata putus, banyak kali dah aku ungkap kata hancur hati, tapi aku bersyukur, sangat sangat bersyukur sebab aku di tunangkan dengan seorang lelaki yang boleh rendah kan ego nye sedalam dalam lautan, serendah rendah tanah. Walaupun isu pergaduhan itu berpunca dari aku yang mengada ngada.. tapi dia tetap mengalah dan mintak maaf serta menangis mintak maaf agar hubungan ini di teruskan sehingga ke jinjang pelamin...
Tapi macam yang dia si encik tunang selalu berpesan, " sayangg, banyak lagi yang boleh sayang syukur yang orang lain tak dapat tapi sayang dapat"
Lalu aku buka dada seluas luas awan, selapang lapang padang untuk cari cari balik kebaikan yang dia ada... yang banyakkkk tapi dah ditindih dan ditindan oleh 1 atau 2 kesalahan seorang manusia yang sama melakukan kesalahan seperti orang biasa.. Maka aku cipta sebaris ayat buat penyedap hati sendiri, " izati dia manusia biasa, bukan malaikat yang tak lakukan kesalahan kesilapan atau terlepas pandang.. Banyak lagi perkara remeh yang tak sepatutnya dia buat untuk kamu tapi dia buat ." macam ni......
Macam gambar ni, aku cakap "kuku dah panjang emm." Lalu dalam tak berkata apa apa sambil bawak moto dia kerosek kerosek beg dia... taraaa nah potong kuku. Nampak benda ni macam remehkan?? Tapi sangat bermakna 😘 tapi aku tak bersyukur. Aku lebih nampak kelainan dia contoh macam ni..
*nampakhensemdiadudukmacamni*
ni semalam dia teman aku naik bas. Dia tertunggu tunggu bas. Macam tak sabar saba nak suruh aku balik. Kalau dulu tu bas terlepas 10 kali pon takpe asalkan dapat dok lama sembang dengan aku gelak dengan aku kat bus stop tu. Sekarang dia resah gelisah sambil tggu bas sebab tak sabar sabar nak biar aku balik. 
*terokkanpemikiranaku* 😈 tapi ini lah kenyataan. So tggu smpai pkul 10 dari pada 9 still takde bas aku buat keputusan utk hantar dia balik . Aku bawak moto balik. 

So kesimpulannya.. jangan sebab 1 keburukan tertutup lah segala kebaikan seseorang itu.. Apa pon jadi sayang sayang abang . 
#truelove #fslover😘


No comments:

Post a Comment